1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan
- perkataan dengan perkataan
- rangkai kata dengan rangkai kata
- ayat dengan ayat.
2. Kata hubung terbahagi kepada tiga,iaitu:
- kata hubung gabungan,
- kata hubung pancangan,
- kata hubung berpasangan.
3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Contoh ayat
Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.
Kata Hubung Tunggal
Contoh | Ayat Contoh |
agar | Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera. |
apabila | Mukanya pucat apabila disoal. |
atau | Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana. |
bahawa | Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar. |
dan | Leela dan Siu Lan berjiran. |
hingga | Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam. |
Jika | Saya berpayung jika hujan. |
Jikalau | Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan. |
kecuali | Semua murid Nadir kecuali Gopal. |
kerana | Aini menangis kerana terlalu sedih. |
lalu | Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon. |
manakala | Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor. |
sambil | Zalifah bernyanyi sambil menari. |
serta | Zahid serta abangnya menonton wayang. |
semenjak | Saya berkawan dengannya semenjak kecil. |
sementara | Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat. |
sungguhpun | Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari. |
supaya | Belajarlah bersungguh‑sungguh supaya pandai. |
walaupun | Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu. |
tetapi | Badannya besar tetapi penakut. |
Kata Hubung Berpasangan
Contoh | Ayat Contoh |
Baik - mahupun | Baik lelaki mahupun perempuan lama‑sama bergotong‑ royong membersihkan balai raya itu. |
Baik- baik | Baik Daud baik adiknya sama‑sama pintar. |
bukan sahaja malah | Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah. |
entah entah | Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak. |
Jangan – pun | Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada. |
Kian – kian | Kian lama kian banyak orang yang ke sana. |
Sama ada – ataupun | Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah. |
sedangkan...inikan pula | Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pulaBukit Larut. |
semakin...semakin | Encik Husin semakin kaya semakin pemurah. |
sungguhpun...tetapi | Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari. |
walaupun...namun | Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha. |
2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar
Dan | hingga | lalu | ketika |
Dengan | yang | tetapi | jika |
Kerana | serta | kalau | kemudian |
demikian | walhal | walau | agar |
atau | demi | supaya |
3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
semasa | sementara | seharusnya | andaikata |
semoga | seketika | sebaliknya | sedangkan |
setelah | sesungguhnya | walaupun | itupun |
sewaktu | seandainya | meskipun | sekali[un |
mudah-mudahan | moga-moga | jikalau | bagaimanapun |
padahal |