Sunday, November 16, 2014

KATA HUBUNG


1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan
  • perkataan dengan perkataan
  • rangkai kata dengan rangkai kata
  •  ayat dengan ayat.

2. Kata hubung terbahagi kepada tiga,iaitu:
  • kata hubung gabungan,
  • kata hubung pancangan,
  • kata hubung berpasangan.

3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Hubung Tunggal 

ContohAyat Contoh

agar

Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.


apabilaMukanya pucat apabila disoal.

atauAwak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.

bahawaKami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.

danLeela dan Siu Lan berjiran.

hinggaAyah dan kawannya berbual hingga larut malam.

JikaSaya berpayung jika hujan.

JikalauJikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.

kecualiSemua murid Nadir kecuali Gopal.

kerana  Aini menangis kerana terlalu sedih.

lalu        Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.

manakalaBaju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.

sambil    Zalifah bernyanyi sambil menari.     

sertaZahid serta abangnya menonton wayang.

semenjakSaya berkawan dengannya semenjak kecil.

sementaraBerusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.

sungguhpunSungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.

supayaBelajarlah bersungguh‑sungguh supaya pandai.

walaupunWalaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu.

tetapiBadannya besar tetapi penakut.



 Kata Hubung Berpasangan
ContohAyat Contoh

Baik - mahupun

Baik lelaki mahupun perempuan lama‑sama bergotong‑ royong membersihkan balai raya itu.



Baik- baik

Baik Daud baik adiknya sama‑sama pintar.



bukan sahaja malah

Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.



entah      entah

Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.



Jangan – pun

Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.



Kian – kian

Kian lama kian banyak orang yang ke sana.



Sama ada – ataupun

Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.



sedangkan...inikan

pula

Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pulaBukit Larut.



semakin...semakin

Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.



sungguhpun...tetapi

Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.



walaupun...namun

Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.


 2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar
Danhinggalaluketika
Denganyangtetapijika
Keranasertakalaukemudian
demikianwalhalwalauagar
ataudemisupaya

 3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
semasasementaraseharusnyaandaikata
semogaseketikasebaliknyasedangkan
setelahsesungguhnyawalaupunitupun
sewaktuseandainyameskipunsekali[un
mudah-mudahanmoga-mogajikalaubagaimanapun
padahal
Contoh ayat

1. menggabungkan dua ayat

 Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinag.


2. Menggabungkan dua rangkai kata

Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.


3. Menggabungkan ayat-ayat

Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.